BADAL HAJI DAN AKIKAH DI MEKAH
BADAL HAJI
BADAL HAJI merujuk kepada pelaksanaan ibadah haji oleh seseorang yang menggantikan orang lain yang tidak dapat melaksanakannya ,
sama ada kerana sebab-sebab tertentu seperti kesihatan yang buruk, usia yang lanjut, atau kematian.
Dalam konteks ini, BADAL bermaksud "penggantian," dan HAJI merujuk kepada ibadah haji yang wajib bagi umat Islam yang memenuhi syarat-syarat tertentu.
ASAS BADAL HAJI
Tuntutan Syariat :
BADAL HAJI dibenarkan dalam Islam bagi mereka yang tidak mampu melakukan haji kerana sebab-sebab yang sah,
seperti kematian , penyakit yang tidak dapat sembuh, atau faktor-faktor lain yang menghalang mereka dari melaksanakan ibadah ini.
Dalam hal ini, seseorang boleh mengupah orang lain untuk melaksanakan haji bagi pihak mereka.
SYARAT BADAL HAJI
Orang yang menerima badal haji : Orang yang menggantikan haji mesti memenuhi syarat untuk melaksanakan haji
bagi dirinya sendiri dan mesti sah dari segi agama (contohnya, seseorang yang telah melaksanakan haji dan berkemampuan untuk melaksanakannya).
Niat dan Tindakan : Haji yang dilaksanakan oleh orang yang menerima badal mesti dilakukan dengan niat untuk menggantikan haji orang lain, dan bukan untuk diri sendiri.
KELEBIHAN BADAL HAJI
Badal haji memberikan peluang kepada mereka yang tidak mampu atau sudah meninggal dunia untuk "mendapatkan"
pahala haji melalui penggantian, dan ia juga dapat memberi ketenangan kepada keluarga yang terlibat.
AKIKAH DI MEKAH
AKIKAH DI MEKAH bersama MADANI UMRAH AND TOURS
menawarkan khidmat pengurusan IBADAH AKIKAH DI MEKAH
Hadith Akikah
Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya . Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberikan nama.
~Hadith Riwayat Abu Daud
Akikah adalah sembelihan binatang an’am ( binatang ternakan seperti kambing, biri-biri dan kibas ) yang dilakukan
kerana menyambut kanak-kanak yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
Hukumnya adalah sunat muakkad .
Syarat - Syarat Akikah
Syarat-syarat untuk binatang sembelihan aqiqah adalah sama seperti
+ Binatang sembelihan korban iaitu mestilah berumur lebih dua tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting.
+ Akikah anak lelaki ialah 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu dan
+ Akikah anak perempuan ialah seekor kambing atau satu bahagian lembu.
Sekiranya kurang berkemampuan, untuk akikah anak lelaki memadai dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu dahulu,
baki seekor (sebahagian) lagi boleh dibuat kemudian bila ada kemampuan.
+ Disunat menyedekahkan daging akikah yang sudah dimasak.
Seelok-eloknya, tulang binatang akikah tidak dipatahkan sebaliknya dipotong pada sendinya
Hikmah Akikah
+ Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT di atas pengurniaan cahayamata.
+ Memulakan kehidupan anak dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan perkara-perkara kebaikan.
+ Memaklumkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT.
+ Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan cahayamata.
+ Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah SAW.
.jpg)
.jpg)
InsyaAllah ini akan membawa makna bahagia yang luar biasa buat mereka yang sudah hidup dalam kesukaran .
~
Ini antara nama pelanggan yang menggunakan khidmat akikah bersama kami
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى
Maksudnya:
“Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.
~ Riwayat al-Bukhari (2839)
" TANDA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT ATAS NIKMAT YANG DIBERIKAN OLEHNYA "
Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan Badal Haji dan Akikah di Mekah melalui laman
sesawang rasmi atau akaun media social Madani Umrah & Tours Sdn Bhd
Klik nama di bawah untuk bercakap dengan pegawai jualan kami :